Minggu, 10 Agustus 2008

9 Nov, 2007  
Apa Itu Memori (RAM)
Hari ini kita akan bincangkan mengenai memori komputer atau pun selalu di sebut RAM (Random Access Memory). RAM merupakan perkakasan (hardware) komputer terpenting berfungsi sebagai tempat penyimpanan data sementara dan lebih laju tahap kecekapan penyimpanan data daripada cakera keras (hard disk).Simpanan data di dalam RAM adalah tidak kekal dan akan terpadam apabila komputer dimatikan.Jumlah simpanan diukur dalam Mb contohnya 125Mb,246 Mb dan 1Gb.
Memori (RAM)

 

Slot untuk RAM
Memori  (SRAM)
Terdapat 2 jenis RAM iaitu :

1. Dynamic RAM ( DRAM)

DRAM merupakan jenis terbaru berbanding SRAM.DRAM perlu litar segar semula (refresh) beratus-ratus kali setiap saat.Menyimpan setiap bit data dalam yang kapasitor berbeza pada litar komputer.Harga DRAM adalah lebih murah berbanding SRAM.

2. Static RAM (SRAM)

   SRAMmerupakan jenis yang lebih laju pemprosesannya berbanding DRAM menggunakan flip-flop get.Harganya lebih mahal berbanding DRAM kerana tahap kecekapannya yang lebih.Tidak perlu litar segar semula (refresh) menyebabkan tahap pemprosesan lebih pantas.
   SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory) merupakan memori komputer dinamik selalu digunakan dalam tahun 1996-2003.Mempunyai litar yang serentak (synchronous) iaitu ia menunggu untuk isyarat jam (clock signal) sebelum bertindak balas terhadap input kawalan.
    Selalunya di gunakan oleh processor Intel Pentium Pro/Pentium MMX,Pentium II.Menggunakan 100Mh untuk Pentium III dan AMD Athlon/Duron.SDRAM banyak digunakan hari ini seperti DDR SDRAM,DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM.

Untuk artikel seterusnya saya akan terangkan mengenai jenis-jenis SDRAM yang selalu digunakan.Nantikan bersama 

Selamat Membaca

Tidak ada komentar: